Ainan Tasneem Throwback Gambar Lama, Zaman Pakai Baju Tudung ‘Color Blocking’

Masihkah anda ingat dengan penyanyi yang pernah popular sekitar 2013, menerusi lagu Aku Suka Dia, iaitu Ainan Tasneem?

Pemilik nama sebenar Ainan Tasneem binti Redzuan ini pernah mencetus fenomena sejak 2011 selepas beberapa video beliau menyanyikan beberapa lagu menjadi tular di media sosial Facebook.

ainan tasneem throwback gambar lama, zaman pakai baju tudung ‘color blocking’

Dek kerana populariti Ainan Tasneem ketika itu, siapa sangka trend baju dan tudung color blocking yang sering dikenakannya telah menjadi ikutan ramai ketika itu.

 

Baru-baru ini, Ainan Tasneem telah berkongsi beberapa foto throwback yang memaparkan dirinya suatu ketika dahulu mengenakan trend pakaian bertemakan ‘color blocking’, menerusi laman sosial X.

ainan tasneem throwback gambar lama, zaman pakai baju tudung ‘color blocking’

ainan tasneem throwback gambar lama, zaman pakai baju tudung ‘color blocking’

“Benar sekaliii, bayangkan tudung ombre dipadankan pulak dengan baju colour block? Memang tanak kalah la ekk. Engko mampu? Hahaha,” seloroh Ainan yang kini menarik diri daripada bidang seni nyanyian sejak 2017, dan menjadi isteri serta suri rumah sepenuh masa.

 

 

Perkongsian itu menarik perhatian ramai khasnya peminat Ainan Tasneem yang pernah membesar mendengar lagu nyanyian beliau sebelum ini.

ainan tasneem throwback gambar lama, zaman pakai baju tudung ‘color blocking’

 

 

 

 

 

 

Untuk info, Ainan Tasneem telah berkahwin dengan jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan hanya sekali lafaz pada 6 Januari 2017, dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua daripadanya adalah pasangan kembar. 

 

 

Sumber: X @ainantasneem