Rupanya Aina Abdul Pernah Tolak Tawaran America’s Got Talent, “Berat Hati Saya..”

Penyanyi berbakat, Aina Abdul mendedahkan beliau pernah menolak tawaran untuk menyertai program nyanyian terkemuka dunia, America’s Got Talent (AGT).

rupanya aina abdul pernah tolak tawaran america’s got talent, “berat hati saya..”

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, beliau terpaksa menolak tawaran itu kerana mempunyai komitmen lain dan terikat dengan urusan yang tidak dapat dielakkan.

 

Bagaimanapun menurut Aina, beliau tidak menolak kemungkinan untuk beraksi di pentas antarabangsa itu andai diberikan peluang sekali lagi di masa akan datang.

 

“Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak.

“Lama dah tawaran itu, seingat saya sekitar tahun 2014, ketika saya mula berjinak-jinak dalam industri muzik.

“Mungkin tiada rezeki saya, Insha-Allah kalau ada peluang sekali lagi untuk saya beraksi di sana, saya dah bersedia dan memang teringin menyertainya,” katanya kepada Kosmo!.

rupanya aina abdul pernah tolak tawaran america’s got talent, “berat hati saya..”

Tambah lagi, Aina turut berasa teruja melihat bakat-bakat dari Asia beraksi di pentas antarabangsa itu seperti dicetuskan penyanyi dari Indonesia, Putri Ariani.

 

“Sebagai penyanyi, memang teruja lihat bakat-bakat hebat dari benua Asia bertanding di pentas dunia seperti Putri Ariani yang berani ke hadapan mempamerkan bakat dan kelebihannya.

“Saya memang mengikuti AGT, dan saya memang peminat suara penyanyi berbakat besar seperti Putri Ariani.

“Dia memang hebat dan layak untuk memenangi pertandingan tersebut apabila dikurniakan pakej lengkap, vokal, intelektual dan bijak bermain instrumen muzik yang menyokong kepaduan suara sehingga mampu menghasilkan bunyian menakjubkan.

“Saya harap dia menang dan menjadi peserta berhijab pertama berjaya menjadi juara dalam pertandingan mega yang diikuti penonton pelbagai negara,” kata Aina lagi.

rupanya aina abdul pernah tolak tawaran america’s got talent, “berat hati saya..”

Untuk info, Putri Ariani, remaja yang kelainan upaya penglihatan telah mencetuskan fenomena apabila menyertai program realiti antarabangsa itu hingga disebut-sebut bakal bergelar juara AGT. Namun, penyanyi berusia 17 tahun itu terpaksa akur apabila menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan akhir rancangan terkenal berkenaan.

Sumber: Kosmo!