Nama Aina Abdul cukup sinonim dengan industri muzik tanah air. Selain hebat dalam mempersembahkan lagu berbahasa Melayu, Aina juga fasih dalam lagu bahasa asing termasuklah Korea.
Baru-baru ini, nama Aina Abdul menjadi topik perbualan ramai di Tiktok selepas seorang pengguna menyatakan Aina adalah penyanyi dari negara jiran, Indonesia.
Perkongsian menerusi akaun Tiktok @sius.30 menunjukkan kompilasi tiga penyanyi termasuk Aina Abdul dengan menyatakan beliau adalah daripada Indonesia.
Kapsyen menulis, “Cover lagi, sedang This Love. Mana sih suaranya yang paling keren menurut kalian?”, merujuk kepada nyanyian hebat tiga penyanyi dalam video tersebut.
Bagaimanapun kapsyen yang merujuk Aina Abdul sebagai penyanyi dari Indonesia telah mencuri tumpuan ramai khasnya warganet dari negara ini yang rata-rata mempertahankan Aina Abdul adalah dari Malaysia.
Video itu menjadi tular dengan kini memperoleh lebih 4.2 juta tontonan di Tiktok.
Sumber: Tiktok