Aina Abdul Nafi Ada Kekasih Tapi Akui Ada ‘Crush’, “Saya Pun Manusia Biasa..”

Penyanyi, Aina Abdul menafikan dakwaan dia kini sedang hangat bercinta.

aina abdul nafi ada kekasih tapi akui ada ‘crush’, “saya pun manusia biasa..”

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, beliau tidak pernah menyekat dirinya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengan lebih rapat.

 

“Mempunyai teman rayang rapat tidaklah, namun saya tidak menyekat diri saya untuk bercinta.

“Lagipun, kebanyakkan lagu-lagu saya diinspirasikan daripada hubungan peribadi kan?

“Saya pun manusia biasa, jadi saya berkawan dengan semua. Namun untuk menamatkan zaman bujang tu lambat lagilah, tidak ke situ lagi,” kata Aina.

 

Dalam pada itu, Aina turut mengakui mempunyai lelaki pujaan hati atau ‘crush’, sama seperti orang lain juga.

aina abdul nafi ada kekasih tapi akui ada ‘crush’, “saya pun manusia biasa..”

“Kita kan suka tengok benda yang cantik, benda yang handsome, benda yang lawa. Something pleasant to my eyes.

“Kadang kita suka melihat, tapi kita tahu kita ni bukan boleh beri 100 peratus komitmen dan kita taknak kecewakan pasangan itu juga,” katanya lagi.

 

@syoksyoksyok A Night With Aina Abdul 3.0 bakal berlangsung pada November ini geng! Jangan lepaskan paluang korang nak layan Aina Abdul nyanyi LIVE 🤩 #SYOK #syokcover #ainaabdul #anightwithainaabdul #konsert #malaysia #fyp #fypシ ♬ fashion show(256764) - TimTaj

 

Untuk info, Aina Abdul bakal tampil dengan konsert ekslusif A Night With Aina Abdul 3.0 dengan tiket mula dijual pada 15 September di www.aina.abdul.my

 

Sumber: Media Hiburan