Aina Abdul, Marsha Dan Ernie Zakri Bersaing Julang Trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita AIM23

105 daripada 605 pencalonan Anugerah Industri Muzik 23 di senaraikan sebagai calon Top 5 dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

Rata-rata mereka merupakan calon-calon yang layak bertanding untuk keluaran lagu dan album dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

Antara barisan penyanyi yang disenaraikan Top 5 ialah Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul, Idayu, Marsha Milan, Shila Amzah, Sonaone dan Dayang Nurfaizah.

aina abdul, marsha dan ernie zakrie bersaing julang trofi persembahan vokal terbaik di dalam lagu wanita aim23

Menurut Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23 Roshim  Hashim, kategori anugerah Lagu India Tempatan Terbaik terpaksa digugurkan untuk edisi kali ini

“Untuk kategori Lagu India Tempatan Terbaik digugurkan disebabkan tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

“Ia sekaligus menyaksikan tidak mencukupi untuk menduduki Top 5 dalam kategori tersebut,” katanya ketika sidang media kedua AIM23 di ibu negara.

Juri-juri profesional muzik dilantik bagi memilih senarai Top 5 antaranya LY, Fauzi Marzuki, dan Datuk Acis. 

Saksikan AIM23 11 September ini jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria.