“Ini Tak Sampai Separuh,” Aina Abdul Kongsi Senarai Lagu Untuk Konsertnya Buat Ramai Teruja!

Seperti yang semua sedia maklum, penyanyi berbakat Aina Abdul bakal tampil mengadakan konsert 3.0 pada 18 November depan.

“ini tak sampai separuh,” aina abdul kongsi senarai lagu untuk konsertnya buat ramai teruja!

Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, dilaporkan bahawa tiket konsert ‘A Night With Aina Abdul 3.0’ hampir habis dan bahagian MIP, VVIP dan VIP telahpun habis dijual.

 

Berbaki lebih sebulan sebelum konsert tersebut diadakan, Aina Abdul baru-baru ini dilihat telah berkongsi satu senarai lagu yang bakal dinyanyikan olehnya nanti.

 

Menurut beliau, senarai itu tidak sampai separuh pun daripada senarai penuh lagu yang akan dipersembahkan beliau pada 18 November depan.

“ini tak sampai separuh,” aina abdul kongsi senarai lagu untuk konsertnya buat ramai teruja!

“Senarai ini tidak sampai separuh pun,” tulis Aina.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa teruja melihat senarai lagu yang disenaraikan Aina dan tidak sabar untuk menikmati konsert ‘A Night With Aina Abdul 3.0’ tidak lama lagi.

“ini tak sampai separuh,” aina abdul kongsi senarai lagu untuk konsertnya buat ramai teruja!

Sumber: Instagram