Aiman Tino Tak Halang Andai Isteri Dapat Jadi Pelakon, Pengacara

Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino tidak memberi sebarang halangan andai isterinya, Syarah Haifa diberi tawaran untuk berlakon mahupun mengacara majlis.

aiman tino tak halang andai isteri dapat jadi pelakon, pengacara

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Aiman Yusri, isterinya sebelum ini pernah diberi peluang untuk mengacara dan terbabit dalam drama produksi Indonesia, tetapi tidak serius.

 

"Saya okay sahaja. Ada juga pihak yang memberikan Syarah peluang untuk menjadi pengacara.

"Jika ada tawaran datang, terserah kepada Syarah nak terima atau sebaliknya.

"Ada juga mulut-mulut yang mahu ambil Syarah berlakon sebab dia juga selalu ikut saya, jadi orang produksi nampak dia.

"Syarah mempunyai latar belakang dalam bidang seni kerana bekas graduan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Jadi, Syarah ada karakter untuk mengacara dan berlakon.

"Dia juga pernah membintangi drama Indonesia sebab terbabit dalam produksi, jadi tidak kekok dalam bidang seni," katanya.

aiman tino tak halang andai isteri dapat jadi pelakon, pengacara

Sementara itu Syarah berkata beliau terbuka untuk sebarang tawaran memandangkan beliau juga mempunyai ilmu dalam bidang seni dan pernah menuntut dalam jurusan Filem dan Televisyen di ASWARA.

 

"Kalau ada peluang mengapa tidak? Saya juga ada suami yang menyokong.

"Kami sukakan bidang seni, jadi saya tidak akan menolak jika ada tawaran suatu hari nanti.

"Jika ada tawaran berlakon bersama suami pun saya terima. Baru-baru ini, kami ada menjayakan program realiti bersama, tapi tidaklah terlalu mencuba. Kalau ada rezeki, adalah," katanya.

 

Untuk info, Aiman dan Syarah telah mendirikan rumah tangga pada 27 April lalu di Dewan Astana, Shah Alam.

aiman tino tak halang andai isteri dapat jadi pelakon, pengacara

Sumber: BH