Ahirine Akui Kekok Lakon Babak Romantis Bersama Aedy Ashraf

Pelakon, Ahirine Ahirudin berkata beliau tidak sukar untuk mendapatkan keserasian untuk bekerja bersama Aedy Ashraf.

 

Menurut laporan dari Utusan, Ahirine mengakui banyak melakukan aktiviti bersama Aedy dan juga pelakon, Idan Aedan, selepas sebulan mereka berkampung di Sarawak bagi menjalani penggambaran filem terbaharu lakonan mereka.

ahirine akui kekok lakon babak romantis bersama aedy ashraf

“Tak susah bekerja dengan Aedy. Awal-awal masuk set, kami rapat dan bina keserasian dengan berbual tentang persamaan yang kami ada.

“Kami sangat profesional. Bukan hanya Aedy tapi juga Idan. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama seperti main game dan tengok wayang,” katanya.

 

Ahirine mengulas lanjut mengenai pengalamannya yang sangat kekok melakonkan babak peluk bersama Aedy.

ahirine takut sering dihendap lelaki taksub dengan dirinya, “dia tahu alamat rumah..”

“Sebenarnya kekok juga melakonkan babak romantis terutamanya ketika kena peluk Aedy.

“Waktu pertama kali shoot, saya peluk dia macam jantan, macam sangat ‘bro-bro’.

“Lepas itu, saya kena ulang balik untuk kali kedua. Lepas ditegur pengarah, saya peluk lembut dan lama sikit,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ahirine mengakui kini berhadapan dengan individu yang taksub dengan dirinya, hinggakan gerak gerinya diekori individu berkenaan.

 

Baca: Ahirine Takut Sering Dihendap Lelaki Taksub Dengan Dirinya, “Dia Tahu Alamat Rumah..”

 

Sumber: Utusan