Afieq Shazwan Dah Minta Izin Suami Fasha Untuk Lakon Bersama

Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan berkata beliau sudah pun meminta keizinan daripada suami Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz sebelum menjayakan babak bersama.

afieq shazwan dah minta izin suami fasha untuk lakon bersama

Pemilik nama sebenar Mohamad Shafieq Shazwan Zamros, 25, mengakui beberapa adegan bersama Fasha dalam sebuah drama lakonannya akan menerima kecaman netizen, sambil menjelaskan suami Fasha turut memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelakon.

 

"Saya sedar benda itu akan mengundang kecaman dan saya sendiri ada tanya kak Fasha sekiranya dikecam selepas melakukan babak-babak begitu.

"Namun apa pun, saya simpan dalam kepala, apa yang dilakukan hanya untuk kerja saja. Tidak lebih daripada tanggungjawab sebagai pelakon.

"Apatah lagi, suami kak Fasha juga terlibat sama dalam drama ini dan dia pun memahami dunia lakonan macam mana," kata Afieq.

afieq shazwan dah minta izin suami fasha untuk lakon bersama

Afieq menambah babak mesra bersama Fasha itu dilakonkannya atas urusa kerja dan berharap penontin dapat membezakan watak mereka ketika musim pertama dan kedua drama tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

"Apa yang saya boleh cakap, semua itu atas urusan kerja sahaja. Memang saya buat kerja bersama dengan kak Fasha dan memegang watak sebagai suami dan isteri.

"Kalau sebelum ini, watak kami sebagai anak ikan dengan Datin. Untuk musim kali ini dah bergelar suami isteri. Jadi, kemesraan itu kena lebih sikit untuk bagi penonton dapat merasai perbezaan musim pertama dan kedua.

"Tiada niat untuk mencetuskan kontroversi… ia juga salah satu promosi untuk drama berkenaan saja. Cuma saya tak jangka benda itu jadi perhatian," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro