Pelakon, Afiq Muiz, 31, menafikan dakwaan dia memukul isterinya, Pachara Apin.
Menurut Afiq, bukan mudah untuk dia membuat keputusan dalam keadaan diduakan dan berhadapan dengan individu yang sudah melukakan hatinya.
Jawapan itu ditulis beliau sebagai balasan terhadap komen di Instagramnya semalam.
Dalam hantaran yang menunjukkan beliau sedang menunggang kuda dengan keterangan gambar ditulis “Sedang berpuasa dan tak sangka iblis masih ada di bulan Ramadan. Atau mungkin mereka pengikut iblis,” segelintir warganet dilihat menyerangnya selepas isterinya hadir ke mahkamah bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh.
Afiq turut mendakwa isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, malah turut pulang lewat ke rumah dalam keadaan mabuk.
Terdahulu isterinya, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 32, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.
Sumber: Instagram Afiq Muiz / HMetro