Aksi Afifah Nasir Dilamar Kekasih Atas Pesawat Ringan Tarik Perhatian Netizen

Aksi pelakon, Afifah Nasir dilamar kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Hariz, atas sebuah pesawat ringan telah mencuri perhatian wargamaya.

aksi afifah nasir dilamar kekasih atas pesawat ringan tarik perhatian netizen

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Nur Afifah Nasir, 31, berkongsi detik istimewa itu yang difahamkan berlangsung secara spontan.

 

“Cik Afifah, boleh saya tanya adakah awak mahu menjadi Mrs. Hariz tahun ini?,” tulis keterangan pada gambar beliau.

aksi afifah nasir dilamar kekasih atas pesawat ringan tarik perhatian netizen

Dijangkakan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu bakal menamatkan zaman solonya tahun ini.

 

 

Berita gembira itu meraih pelbagai komen positif daripada rakan artis dan juga para peminat beliau sendiri.

aksi afifah nasir dilamar kekasih atas pesawat ringan tarik perhatian netizen

Sumber: Instagram