Pelakon terkenal, Aeril Zafrel mendedahkan aktres sensasi, Sophia Albarakbah merupakan seorang yang baik dan ada karakter yang manja.
Perkara itu dimaklumkan Aeril berdasarkan pengalamannya bergadingan dengan pelakon wanita itu dalam sebuah drama sebelum ini.
Ujar Aeril, mungkin disebabkan karakter baik dan manja itu membuatkan individu lain mudah jatuh hati dengannya.
“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah.
“Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah jatuh hati. Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’,” ujarnya.
Bagaimanapun sebagai pelakon, beliau bersikap lebih terbuka kepada pasangan gandingannya untuk sama-sama menjaga batas.
“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.
“Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia.
“Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang,” jelasnya lagi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, isteri kepada Aeril Zafrel iaitu Wawa Zainal dilihat memberikan komen berkenaan pendapat Aeril ini.
“Aduh tips jadi manja kali bagaimana guys,” seloroh Wawa sambil mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: Media Hiburan / IG Mstar