Aeril Zafrel Nekad Jual Lamborghini Aventador Miliknya Demi Palestin

Pelakon, Aeril Zafrel nekad menjual kereta mewah miliknya jenis Lamborghini Aventador dan akan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan itu untuk disumbangkan kepada tabung bantuan di Palestin.

aeril zafrel nekad jual lamborghini aventador miliknya demi palestin

Menurutnya, keputusan untuk menjual kereta yang pernah dihadiahkan isteri, Wawa Zainal, adalah kerana ia jarang digunakan beliau.

aeril zafrel nekad jual lamborghini aventador miliknya demi palestin

“Selamat tinggal Lambo (Lamborghini). Jarang pakai kereta ini, jadi jual saja.

“Insya-Allah sebahagian hasil jualan ini kita derma ke Palestin,” katanya menerusi perkongsian dalam Insta Stories.

 

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Suhairil Sunari, 35, turut mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan kesayangannya itu yang dibeli dengan harga RM2.27 juta.

aeril zafrel nekad jual lamborghini aventador miliknya demi palestin

Aeril turut menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan derma kepada saudara seagama di bumi Gaza yang kini sedang ditindas rejim Zionis. Malah, beliau turut berkongsi resit permindahan bank kepada akaun Persatuan Cinta Gaza.

aeril zafrel nekad jual lamborghini aventador miliknya demi palestin

Sekadar info, kereta Lamborghini Aventador itu dihadiahkan Wawa sekitar April tahun lalu sebagai tanda penghargaan selepas enam tahun menjalankan perniagaan.

 

Sumber: Instagram