“Bukan Sebab Cantik Semata-Mata, Saya Jatuh Cinta Dengan Amelia Kerana..” – Aedy Ashraf

Pelakon, Aedy Ashraf membuat pengakuan bahawa dia jatuh cinta kepada kekasih hati, Amelia Henderson bukan semata-mata kerana rupa parasnya yang cantik, tetapi kerana Amelia seorang yang bijak dan juga sentiasa bersikap positif.

“bukan sebab cantik semata-mata, saya jatuh cinta dengan amelia kerana..” – aedy ashraf

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, apa yang membuatkan dirinya terpikat dengan Amelia adalah kerana sikap wanita itu yang sangat komited.

 

“Saya tertarik dengan Amelia kerana dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak, komited dengan kerja dan pandai menguruskan hidupnya.

“Sebenarnya kami sangat rapat dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Bahkan dia juga penyokong terbesar saya. Perkara ini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” kata Aedy.

“bukan sebab cantik semata-mata, saya jatuh cinta dengan amelia kerana..” – aedy ashraf

Aedy menambah, beliau dan Amelia belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya memandangkan jadual kerja mereka yang sangat padat.

 

Bagaimanapun Aedy memaklumkan sudah berjumpa dengan keluarga Amelia untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.

 

“Tentang perancangan untuk berkahwin, kami tidak meletakkan sebarang tarikh atau sasaran sebab masing-masing sedang sibuk.

“Dia pula begitu komited dengan kerja sehingga saya sendiri terinspirasi dengannya. Kami berdua mempunyai fikiran yang sama.

“Saya pun sudah berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan dengan lebih dekat. Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya.

“bukan sebab cantik semata-mata, saya jatuh cinta dengan amelia kerana..” – aedy ashraf

Sumber: Kosmo!