Aedy Ashraf Dedah Terpaksa Henti Sekolah Masa Form 4 Demi Sara Keluarga

Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan beliau pernah terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat demi menyara keluarganya.

aedy ashraf dedah terpaksa henti sekolah masa form 4 demi sara keluarga

Disebabkan itu juga, Aedy tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selepas membuat keputusan itu dengan berbincang dengan ibunya, yang juga pelakon senior, Liza Zain.

 

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, jika dia memilih untuk meneruskan persekolahan, maka keluarganya ketika itu mungkin tidak mempunyai wang untuk makan.

 

“Ketika itu umur saya baru 16 tahun. Kalau lakukan dua perkara itu (belajar dan berlakon) serentak, saya akan gagal melaksanakannya.

“Kalau saya pilih untuk teruskan persekolahan, kami tidak akan ada duit nak makan setiap hari sebab kalau ke sekolah, saya tak boleh lakukan penggambaran langsung,” katanya dalam program Studio Sembang yang dikendalikan pelakon Amelia Henderson baru-baru ini.

 

Tambah Aedy, disebabkan itu jugalah beliau sentiasa fokus dan banyak belajar tentang ilmu lakonan.

 

“Apabila sudah berlakon, saya memang fokus, pergi uji bakat walaupun terpaksa naik pengangkutan awam seorang diri.

“Sebab itu saya bersungguh-sungguh mendedikasikan diri dalam bidang ini dan banyak belajar termasuk membaca tentang ilmu lakonan,” katanya lagi.

aedy ashraf dedah terpaksa henti sekolah masa form 4 demi sara keluarga

Melihat kepada kejayaan yang dikecapinya hari ini, Aedy bersyukur dengan pengorbanan yang dilakukan, sambil menambah akan memilih pelajaran jika diberi kemampuan pada ketika itu.

 

“Saya rasa segala usaha sebelum ini sudah terbayar. Saya tak kata bangga kerana berhenti sekolah atau tidak memiliki SPM.

“Saya sedar bahawa pendidikan sangat penting dan kalau ada duit walau sedikit pun pada ketika itu, memang akan terus belajar.

“Masalah utama keluarga kami (ketika itu) adalah kewangan, memang tak ada duit langsung,” kongsinya.

aedy ashraf dedah terpaksa henti sekolah masa form 4 demi sara keluarga

Untuk info, Aedy memulakan kerjaya seninya seawal usia 10 tahun dan telah membintangi banyak drama dan filem, seperti Tentang Bulan dan Projek Anchor SPM.

 

Sumber: Studio Sembang / HIBGlam