Pelakon, Aedy Ashraf, 30, mengakui masih belum mempunyai peancangan untuk melamar kekasihnya, Amelia Henderson, 28, meskipun usia percintaan mereka kini memasuki tahun kedua.
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, ia adalah kerana mereka berdua masih belum tiba masa yang sesuai untuk ke fasa seterusnya, selain memahami kesibukan dan komitmen sebagai selebriti.
"Hubungan saya dan Amelia memang rapat dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Cuma, kami tidak mahu letak satu tarikh atau sasaran untuk ke arah perkahwinan sebab kesibukan masing-masing.
"Amelia sangat komited dengan kerja sampaikan saya terinspirasi dengannya. Malah, kami juga ada pemikiran sama, jadi urusan jodoh biarlah Tuhan yang tentukan. Kalau ada rezeki, insya-Allah.
"Jika Tuhan kata ada jodoh bersama, saya terima. Keluarga kedua-dua pihak juga tahu hubungan rapat dan sudah berjumpa serta berkenalan," katanya.
Bagaimanapun Aedy memaklumkan sudah berjumpa dengan keluarga Amelia untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.
“Tentang perancangan untuk berkahwin, kami tidak meletakkan sebarang tarikh atau sasaran sebab masing-masing sedang sibuk.
“Dia pula begitu komited dengan kerja sehingga saya sendiri terinspirasi dengannya. Kami berdua mempunyai fikiran yang sama.
“Saya pun sudah berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan dengan lebih dekat. Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya lagi.
Tambah lagi, Aedy mengakui terpikat dengan kekasihnya itu bukan semata-mata rupa paras cantik malah kerana kebijaksanaan dan kepintaran Amelia yang membuatnya jatuh cinta.
Baca juga: “Bukan Sebab Cantik Semata-Mata, Saya Jatuh Cinta Dengan Amelia Kerana..” – Aedy Ashraf
Sumber: BH