Amelia Henderson Dikecam Sebab Tak Pandai Memasak, Teman Lelaki Tampil ‘Backup’

Pelakon, Aedy Ashraf tampil mempertahankan kekasihnya, Amelia Henderson yang menerima kecaman apabila dikatakan tidak pandai memasak.

amelia henderson dikecam sebab tak pandai memasak, teman lelaki tampil ‘backup’

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, isu tidak pandai memasak itu bukan masalah besar buatnya, malah dia sendiri hebat memasak di dapur.

 

“Tidak mengapa. Saya pandai memasak,” tulis Aedy.

amelia henderson dikecam sebab tak pandai memasak, teman lelaki tampil ‘backup’

Isu tidak pandai memasak itu timbul selepas Amelia menerima kritikan hebat apabila muncul dalam sebuah program yang memerlukan dia memotong cili, namun Amelia kelihatan kekok menggunakannya.

 

Amelia kemudian mempersoalkan kewajaran kecaman sebilangan netizen terhadap golongan wanita termasuk dirinya yang tidak pandai memasak.

 

“Jadi, adakah orang ramai berfikir nilai kewanitaan anda akan jatuh sekiranya tidak memasak?” katanya.

 

 

Hantaran di media sosial X itu mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan sokongan kepada Amelia untuk tidak terkesan dengan kritikan netizen.

 

Sumber: X