Adira Suhaimi Mohon Diberi Ruang Untuk Jelaskan Isu Penceraian Bersama Suami

Penyanyi, Adira Suhaimi, mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi semalam (4 Disember), bagi memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

adira suhaimi mohon diberi ruang untuk jelaskan isu penceraian bersama suami

Perkara itu disahkan peguam syarie yang mewakili suami Adira yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, sambil mendakwa punca Adira memfailkan penceraian itu adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

 

Menurut Adira, beliau belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kepada pihak media buat masa sekarang.

“Nanti sampai masa saya bagi kenyataan. Minta maaf sangat-sangat.

“Terima kasih kerana memahami dan memberi ruang buat saya pada waktu yang mencabar sekarang ini,” katanya.

 

Bagaimanapun, suaminya, Datuk Red dikatakan masih lagi mahu mempertahankan rumahtangga yang dibina bersama penyanyi tersebut.

 

Terdahulu, Adira dilaporkan hadir ke mahkamah sambil ditemani kakaknya, Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP), susulan dari permohonan penceraian yang dibuat pada 25 Oktober lalu.

 

Datuk Red bagaimanapun hanya hadir sendirian tanpa membawa wakil seperti yang ditetapkan mahkamah. Tindakan itu telah mendapat teguran hakim yang dikatakan ia melambat-lambatkan proses JKP, dan ia akan ditangguhkan pada 18 Disember depan.

 

Penyanyi itu sebelum ini pernah memfailkan penceraian kali pertama pada 1 April 2019, iaitu ketika Adira hamil anak ketiga mereka.

 

Sumber: Kosmo! Online