Adira Suhaimi Dedah Rahsia Jaga Hubungan Baik Dengan Madunya

Penyanyi, Adira Suhaimi mendedahkan rahsia menjaga hubungan baik dengan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

adira suhaimi dedah rahsia jaga hubungan baik dengan madunya

Ujar Adira, 31, sikap tolak ansur, saling hormat menghormati dan peranan suami adalah penting bagi memastikan dua rumah tangga yang dibina berada dalam keadaan baik.

 

Beliau akui sepanjang lapan tahun ini hubungan mereka juga ada turun naiknya, namun atas faktor umur masing-masing membuatkan mereka menjadi matang.

adira suhaimi dedah rahsia jaga hubungan baik dengan madunya

“Pada saya kena ada tolak ansur dan saling menghormati, itu je paling penting. Dalam hubungan itu bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua kena mengalah. Suami yang kena mainkan peranan untuk isteri-isteri berbaik.

“Makin tua hidup nak tenang-tenang, kalau boleh nak fokus besarkan anak-anak saja,” kata Adira.

 

Adira dalam pada lain turut mendoakan mana-mana wanita yang berada sama kedudukan sepertinya agar dipermudahkan urusan.

 

@adira.suhaimi tu ari pos video laki .. hari ini post video madu 😍 screen shot cepat . #fyp ♬ original sound - adira.suhaimi

 

Terdahulu, video Adira sedang berpimpin tangan dengan madunya telah menarik perhatian ramai, dengan rata-rata memuji hubungan baik mereka dan mendoakan kebahagian itu berkekalan.

 

Sumber: Kosmo!