Aksi Romantis Daiyan Trisha dan Hun Haqeem Undang Reaksi Berbeza Netizen

Sebuah drama terbaharu lakonan Daiyan Trisha dan Hun Haqeem telah menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi berbeza warganet.

aksi romantis daiyan trisha dan hun haqeem undang reaksi berbeza netizen

Mana tidaknya, adegan romantik memaparkan ciuman berlapik dalam sebuah drama tempatan itu dilihat sebagai kurang sesuai dilakonan, apatah lagi kedua pelakon itu bukan muhrim.

 

Drama yang mengisahkan sebuah kisah romantik daripada siri adaptasi terkenal Korea Selatan, dengan judul yang sama, dilihat ‘mengubahsuai’ babak ciuman yang dilakonan oleh siri asal.

aksi romantis daiyan trisha dan hun haqeem undang reaksi berbeza netizen

Berbanding naskhah asalnya di mana kedua-dua pelakon Korea Selatan itu saling bercium tanpa halangan, Daiyan dan Hun dilihat melakonkan babak romantik itu dengan berlapikkan kain.

 

@procsniper Cium dekat pipi ke tu 😊 #wtwoworldsmalaysia #wtwoworlds #hunhaqeem #daiyantrisha #elizabethtan #viuoriginal #viumalaysia #viu ♬ original sound - Procsniper

 

Bagaimanapun, aksi ciuman berlapik itu disifatkan warganet sebagai tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.

 

Namun ada yang berpendapat adegan ciuman itu adalah sekadar helah kamera (camera trick), seolah-olah menampakkan kedua-dua pelakon itu sepertinya sedang bercium.

hun haqeem akui seronok dapat berlakon dengan ‘crush’, daiyan trisha

Baca juga: Hun Haqeem Akui Seronok Dapat Berlakon Dengan ‘Crush’, Daiyan Trisha

 

Sumber: Tiktok / Utusan