Ramai Cuba ‘Try’ Sejak Jadi Duda, Adam Shahz Tak Serik Nak Kahwin Lagi Tapi..

Pelakon, Adam Shahz mendedahkan dirinya banyak menerima mesej daripada wanita mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga selepas beliau bergelar duda.

ramai cuba ‘try’ sejak jadi duda, adam shahz tak serik nak kahwin lagi tapi..

Menurut pemilik nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, hampir setiap hari beliau menerima mesej di media sosial daripada ramai wanita termasuklah mereka yang berstatus janda untuk mengajaknya berkenalan dan juga mendirikan rumah tangga.

 

Namun, Adam Shaz berkata beliau enggan melayan mesej-mesej tersebut.

 

“Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak pernah dipandang sinis, tetapi orang asyik nak ‘try’ (cuba). Kalau tengok mesej dalam Instagram yang saya terima, memang banyak (ajak berkahwin).

“Malah ada yang ajak saya berkahwin selepas mendakwa ‘bertemu’ dalam mimpi. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan saya sebagai pasangan yang secocok dengan mereka kerana sama-sama melalui kisah hidup yang hampir serupa.

“Nak balas mesej daripada orang yang saya kenal dalam Instagram pun jadi tidak selesa. Sebab kalau saya buka (mesej), takut mereka yang hantar mesej pada saya tahu saya sedang ‘online’. Sudahnya saya akan pandang sahaja kiriman itu tanpa membalasnya,” ujarnya kepada Kosmo!

ramai cuba ‘try’ sejak jadi duda, adam shahz tak serik nak kahwin lagi tapi..

Ujar Adam Shaz, selama lima tahun beliau menduda, beliau tidak pula serik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi namun masih belum berfikir menamatkan zaman solonya buat masa ini.

 

Katanya lagi, buat masa kini fokusnya adalah buat keluarga, terutama menjaga ibu yang tidak sihat di kampung.

 

“Kahwin? Nak kata serik itu tidaklah. Sebagai seorang lelaki, saya mestilah mempunyai keinginan untuk berkahwin. Cuma ada banyak lagi perkara yang perlu saya berikan perhatian.

“Sekarang saya mahu fokus pada keluarga dan menjaga ibu yang tidak berapa sihat di kampung,” katanya.

 

Sumber: IG hibglam.com.my,  Kosmo! Online