Gara-Gara Disamakan Dengan Alif Teega, Adam Lee Sanggup Buang Jambang

Pelakon, Adam Lee berkata, beliau sanggup membuang jambang pada wajah hanya kerana enggan disamakan dengan wajah pempengaruh sensasi, Alif Teega.

gara-gara disamakan dengan alif teega, adam lee sanggup buang jambang

Menurut Adam menerusi hantaran di Instagram berkata, beliau enggan disamakan dengan pempengaruh itu dan kini tampil dengan imej tanpa jambang.

 

“Jambang sudah buang. Dah, jangan samakan saya dengan dia lagi,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

 

Isteri Adam Lee iaitu Sweet Qismina dilihat turut berkongsi foto terbaharu suaminya tanpa jambang dengan kapsyen;

 

“Okey sudah, jangan mesej langsung (DM) saya kata sama macam AT (Alif Teega)!

“Suami saya tiada jambang selepas ini,” ujarnya yang mempertahankan suaminya.

 

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian pasangan suami isteri ini sambil ada yang mengusik meminta Adam untuk menjaga kelakuan.

gara-gara disamakan dengan alif teega, adam lee sanggup buang jambang

Sumber: Instagram