‘75 Peratus Siap!’ - Sweet Qismina & Adam Bakal Kahwin Bulan Depan

Bintang muda, Adam Lee dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan yang juga seorang pelakon, Sweet Qismina.

‘75 peratus siap!’ - sweet qismina & adam bakal kahwin bulan depan

“Pastinya saya teruja dan tidak sabar untuk menanti saat tersebut tetapi boleh dikatakan kami berdua sangat penat.

“Walaupun bekerja namun dalam masa sama sibuk menguruskan semua persiapan,” ujarnya.

Menurut Adam, mereka tidak menggunakan sebarang khidmat perunding perkahwinan dan lebih memilih untuk melakukan semuanya secara sendiri.

“Sebenarnya kami urus dan buat persiapan bermula daripada kosong sehinggalah hari ini.

“Kami tidak guna khidmat perunding perkahwinan dan lakukan semua sendiri.

“Cabarannya ialah waktu kerja kami tidak seperti orang lain. Keluar pagi, balik pagi, semua itu agak mencabar tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kini sudah 75 peratus siap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam tidak menafikan, seperti pasangan lain, hubungannya bersama Sweet juga pernah menempuh beberapa dugaan.

“Bagi saya, jika bercakap tentang cabaran, semua pasangan pasti akan melaluinya.

“Itu semua perkara normal tetapi kita perlu lihat cara dan bagaimana untuk menanganinya,” kongsinya tanpa berkongsi dugaan dilaluinya.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan mereka pada 24 Oktober 2021.

 

Sumber: Kosmo