Balu kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah akui ada yang cuba mendekatinya sejak pemergian suami tercinta, namun beliau belum terfikir untuk mencari pengganti.
Biarpun sudah empat tahun Allahyarham Abam pergi meninggalkan beliau dan keluarga, suaminya itu masih tetap bertakhta di hati dan belum dapat melupakannya.
Namun, beliau tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya berjumpa dengan jodoh yang tepat.
“Sejujurnya saya terbuka untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh. Tapi buat masa ini saya mahu besarkan anak saya terlebih dahulu,” katanya.
Tambah lagi, beliau juga tidak membalas mesej peribadi di Instagram yang cuba untuk menguratnya.
“Arwah tetap di hati saya. Susah untuk saya melupakannya. Siapa yang nak berkenalan dengan saya perlu sayangkan anak saya saya juga. Saya mahu lelaki itu menerima Hamzah dan saya sekali,” kata Hidayah lagi.
Sekadar info, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumahtangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, Allah lebih menyayangi Abam dan arwah suaminya itu pergi buat selamanya pada 10 Feb 2020 akibat demam panas.
Sumber: Mstar