Zaman Dah Berubah, Ada Wanita Berani Ajak Haziq Dean Cinta, Kahwin

Haziq Dean, seorang pelakon berusia 26 tahun yang terkenal dengan watak Ariz dalam drama Projek: High Council, percaya bahawa beberapa wanita yang berani secara terbuka mengajak lelaki yang mereka minati untuk bercinta dan berkahwin adalah tanda zaman yang sedang berubah.

zaman dah berubah, ada wanita berani ajak haziq dean cinta, kahwin

Haziq, yang nama sebenarnya Mohamad Haziq Nazimuddin, mengakui bahawa penglibatannya dalam Projek: High Council telah meningkatkan popularitinya hingga kini beliau mempunyai ramai peminat.

 

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa syukur dengan pertambahan bilangan peminatnya, terutamanya dalam kalangan gadis-gadis muda dan wanita. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan penerimaan mereka terhadap Projek: High Council.

zaman dah berubah, ada wanita berani ajak haziq dean cinta, kahwin

Apabila ditanya mengenai menerima tawaran untuk bercinta dan berkahwin daripada peminat wanita, Haziq mengakui ada menerima mesej seperti itu di Instagram.

 

Beliau mengesahkan bahawa memang ada wanita peminat yang mengajaknya untuk bercinta dan berkahwin. Namun, beliau memilih untuk tidak memberi perhatian atau menggalakkan tindakan tersebut dan menganggap tindakan berani itu sebagai gurauan daripada peminat.

 

"Memang ada peminat wanita yang mengajak saya bercinta dan berkahwin. Tapi, saya tidak melayan serta biarkan saja. Bagi saya, itu mungkin gurauan mereka. Zaman pun dah berubah dan wanita sekarang lebih berani.

"Tiada salah juga mereka (wanita) meluahkan perasaan suka dan minat itu. Cuma, saya kena menolak secara baik dan tidak memberikan harapan. Dalam soal ini (peminat ajak bercinta/kahwin), saya ambil positif saja,” ujar beliau.

 

Sumber: HMetro