Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa ada menerima mesej di ruangan peribadi yang memaklumkan terlihat kelibat suaminya bersama seorang wanita.
Mesej itu memaklumkan kepada Shuhada yang Hafidz bersama Athira Yuhada, wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, di sebuah bazar Ramadan.
"Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung,” kata Shuhada.
Perkongsia itu katanya akan digunakan peguam Shuhada bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.
Terdahulu, Athira memaklumkan akan memfailkan satu tuntutan saman terhadap Shuhada susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu. Bagi Shuhada, saman yang diterimanya itu adalah ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpa dirinya.
Sumber: HMetro