Dituduh Buat Pembedahan Plastik Pada Wajah, Ini Kata Daiyan Trisha

Pelakon, Daiyan Trisha menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya beliau melakukan pembedahan plastik pada wajah.

dituduh buat pembedahan plastik pada wajah, ini kata daiyan trisha

Menurut pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini sebaliknya beliau gemar untuk menggunakan ‘filter’ ketika berswafoto yang memungkinkan wajahnya kelihatan berbeza daripada biasa.

 

“Saya suka guna filter tidak kira dalam Instagram mahupun TikTok terutama ketika swafoto yang mungkin menyebabkan wajah saya kelihatan agak berbeza.

“Saya memang tidak buat apa-apa pembedahan plastik, semuanya adalah kurniaan semula jadi Tuhan untuk saya dan sangat bersyukur.

“Orang boleh kata apa sahaja, kalau bersemuka dengan saya mereka akan temui jawapan,” katanya.

 

Pelakon berusia 30 tahun itu turut menambah enggan mempedulikan tuduhan seperti itu kerana yakin orang ramai bijak untuk menilai.

dituduh buat pembedahan plastik pada wajah, ini kata daiyan trisha

“Lagipun, mereka (netizen) boleh tengok sendiri sama ada gambar tersebut guna filter ataupun tidak. Kalau guna mesti akan keluar di atas atau penjuru gambar tersebut filter yang saya gunakan.

“Dunia sekarang sudah moden, banyak kemudahan dan teknologi baharu yang boleh kita gunakan dalam media sosial,” tegasnya.

 

Sumber: Hibglam (Nur Muhammad Haikal Ramli)