Ada Lelaki Takut Nak Kawan Dengan Wani Kayrie Sebab ‘Tak Setaraf’

Penyanyi, Wani Kayrie mendedahkan ada lelaki yang takut untuk bawkawan dan melangkah ke fasa serius kerana menganggap mereka tidak setaraf dengannya.

ada lelaki takut nak kawan dengan wani kayrie sebab ‘tak setaraf’

Menurut pemilik nama sebenar Syazwani Abdullah, 23, beliau bukanlah seorang yang terlalu memilih untuk berkawan kerana yang penting baginya lelaki itu perlulah seorang yang rajin berusaha dan bekerja keras sepertinya.

 

"Saya tidak cakap pun nak cari lelaki yang sama taraf kerana saya pun bermula dari bawah sebelum berada pada tahap sekarang.

"Saya akui ada lelaki yang takut untuk melangkah ke fasa seterusnya bila mereka dapat tahu saya memiliki 'degree' (ijazah)," katanya.

 

Wani berkata beliau kini mempunyai kereta mewah, Mercedes-Benz CLA180 adalah berkat kerja kerasnya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

ada lelaki takut nak kawan dengan wani kayrie sebab ‘tak setaraf’

"Maklumlah, saya anak sulung dan menjadi punca rezeki dalam keluarga. Mama saya juga masih bekerja dan ada adik yang masih kecil.

"Bagi saya, jika lelaki itu serius mahu berkawan, saya tiada masalah untuk terima asalkan dia pandai cari duit sendiri, walaupun hanya memandu kereta biasa saja," kata Wani lagi.

 

Dalam pada itu, Wani berkata ada sahaja lelaki yang mahu mendekati dirinya namun beliau mahu menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

 

Malah, beliau yang kini akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Perdagangan berkata, mempunyai perancangan untuk belajar ke peringkat Master dan PhD pada masa hadapan.

 

Sumber: HMetro