Baru-baru ini, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rashid bersama adik kepada pelakon terkenal, Syifa Melvin hangat diperkatan netizen apabila dikhabarkan bakal berkahwin pada 28 November.
Walau Bagaimanapun, Safawi tidak mahu memberi sebarang komen atau pengesahan tentang berita perkahwinannya itu bersama syifa.
Menerusi siaran langsung (LIVE) yang dibuat oleh Safawi sendiri, tentang perkahwinannya dengan Syifa itu tidak perlulah netizen mengambil tahu.
“Bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kahwin. Ada rezeki, ada jodoh, saya akan berkahwinlah. Korang tak perlulah risau”, katanya.
Sebelum ini juga, Syifa Melvin mengakui yang mereka selesa untuk kekal berdiam tentang hubungannya bersama Safawi selagi belum mempunyai ikatan yang sah.
Sumber: Tiktok @yxasy