Aaron Aziz, Iedil Dzuhrie Berlakon Dengan Chris Hemsworth Raih Pujian Netizen, “Chris Guna Keris..”

Pelakon, Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie sebelum ini telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran filem ‘Extraction 2’, di Manila, Filipina.

 

Berkongsi pentas bersama pelakon utamanya, Chris Hemsworth dan Sam Hargrave, jelas membuatkan warganet berasa bangga dan tidak sabar untuk menyaksikan kolaborasi bersama mereka.

aaron aziz teruja sepentas dengan chris hermsworth, “gempak gila, 100 kali lebih baik dari fast x!”

Baca: Aaron Aziz Teruja Sepentas Dengan Chris Hemsworth, “Gempak Gila, 100 Kali Lebih Baik Dari Fast X!”

aaron aziz teruja sepentas dengan chris hermsworth, “gempak gila, 100 kali lebih baik dari fast x!”

Netflix Malaysia sebelum ini mengumumkan kehadiran dua pelakon itu adalah sebagai tetamu jemputan pada majlis pelancaran tersebut. Malah, satu gimik telah dibuat filem tersebut dengan memalsukan kehilangan Iedil Dzuhrie yang dikatakan hilang selepas hadir acara itu di Manila.

 

‘Berita’ kehilangan Iedil bagaimanapun menimbulkan kerisauan ramai dan Netflix Malaysia terpaksa tampil memberikan penjelasan bahawa kehilangan Iedil itu adalah gimik semata-mata.

aaron aziz, iedil dzuhrie berlakon dengan chris hemsworth raih pujian netizen, “chris guna keris..”

Menerusi akaun Tiktok Netflix Malaysia, persoalan mengenai ‘kehilangan’ Iedil terjawab menerusi video promosi filem berkenaan, berjudul ‘Pudu Extraction’.

 

Turut kelihatan pelakon, Fify Azmi yang menunjukkan beliau bersama Aaron Aziz meminta pertolongan daripada Chris Hemsworth dan Sam Hargrave untuk menyelamatkan rakan mereka iaitu Iedil.

aaron aziz, iedil dzuhrie berlakon dengan chris hemsworth raih pujian netizen, “chris guna keris..”

Dalam video berkenaan, Aaron dan Fify dilihat berlawan dengan kumpulan penjahat untuk membebaskan Iedil yang diculik serta ditahan di atas pintu gerbang Penjara Pudu.

aaron aziz, iedil dzuhrie berlakon dengan chris hemsworth raih pujian netizen, “chris guna keris..”

Selesai menyelamatkan Iedil, Aaron kemudian bertemu Chris Hemsworth untuk memberikan sebilah keris kepadanya tanda terima kasih atas pertolongan yang diberikan.

aaron aziz, iedil dzuhrie berlakon dengan chris hemsworth raih pujian netizen, “chris guna keris..”

Lihat video penuh disini:

 

@netflixmy @chrishemsworth + @therealaaronaziz + @fifyazmiofficial = A 🔥💪💥 #PuduExtraction Mission! Saksikanlah camne hero2 tempatan kita menyelamatkan @iedilpunya yang ditawan di pintu gerbang Penjara Pudu 😱 yang mempunyai kisah dan sejarahnya tersendiri dengan tip-tip awesome dan surprise 😉 dari Chris Hemsworth dan Sam Hargrave dari #Extraction2 ♬ original sound - Netflix Malaysia

 

Video berkenaan telah mengundang perhatian ramai warganet yang memberikan pelbagai reaksi berbeza. Ada juga yang mencadangkan Extraction 3 untuk dilakonkan di Malaysia, dan ada juga yang berkata Thor (lakonan Chris Hemworth) selepas ini tidak lagi menggunakan tukul, sebaliknya menggunakan keris.

aaron aziz, iedil dzuhrie berlakon dengan chris hemsworth raih pujian netizen, “chris guna keris..”

Sumber: Tiktok Netflix Malaysia