Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa keterujaan beliau apabila berpeluang bertemu dengan pelakon Hollywood, Chris Hemsworth dan sepentas dengan pelakon antarabangsa itu di Manila, Filipina, semalam.
Menerusi video di Instagram, Aaron, 47, dilihat sepentas dan bersalaman dengan Chris dan juga Sam Hargrave.
“Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawan gempak gila,” katanya.
Aaron turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu berjudul Extraction 2 yang digambarkannya 1,000 kali lebih baik berbanding filem Fast X.
Selain Aaron, turut menyertai undangan adalah pelakon, Iedil Dzuhrie Alaudin yang bersama-sama beliau di pentas bersama para pelakon antarabangsa itu.
Sumber: Instagram