Pelakon, Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir blog yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya sudah meninggal dunia.
Menurut pemilik nama sebenar Dato' Aaron Mustapha bin Aziz, 47, ini bukan kali pertama berita palsu sebegitu tersebar di laman sosial.
“Kalau tak baca betul betul nampak macam kali kedua saya di ‘meninggalkan’ oleh blog blog sedih seperti ini.
“(Ini) kali ke tiga saya di fitnah tahun ni. Apa masalah orang-orang ni eh?
“Atau you thinks its funny? Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolong la fikir cara lain nak promote site anda,” ujar beliau dalam satu hantaran di Instagram.
Aaron turut mengepilkan hantaran berkenaan yang disebarkan menerusi sebuah kumpulan di Facebook bernama ‘Segamat Johor’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan warganet mengecam tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu, malah turut menasihatkan Aaron agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah seperti ini.
Sumber: Instagram