Kamal Adli Dipukul, Aaron Aziz Risau Jika Ada Pihak Balas Dendam Pada Artis Singapura

Susulan daripada insiden serangan terhadap pelakon, Kamal Adli di Singapore Expo baru-baru ini, aktor kelahiran Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz tampil memohon maaf.

kamal adli dipukul, aaron aziz risau jika ada pihak balas dendam pada artis singapura

Ujar Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, beliau tiada niat mahu masuk campur atas apa yang berlaku namun memohon orang ramai di Malaysia supaya tidak menyimpan rasa dendam terhadap mana-mana artis dari Singapura yang mencari rezeki di negara ini termasuk dirinya.

 

Aaron turut memohon maaf mewakili suspek atas kecederaan yang dialamai Kamal Adli dan berharap agar hubungan antara dua negara tidak dikeruhkan dengan insiden berdarah ini.

kamal adli dipukul, aaron aziz risau jika ada pihak balas dendam pada artis singapura

“Bagi pihak Singapura, saya minta maaf. Saya doakan agar Uqasha sabar dan tabah. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan Kamal, dia seorang lelaki yang baik. Saya turut berasa sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan nak pandai-pandai tunjuk hebat. Cuma saya berharap semua dapat bersabar dan jangan ada menyimpan rasa dendam,” katanya.

 

Beliau turut meluahkan rasa bimbang jika ada pihak yang mahu membalas dendam ke atas artis Singapura termasuk dirinya, lantas mengeruhkan lagi hubungan antara dua negara ini.

kamal adli dipukul, aaron aziz risau jika ada pihak balas dendam pada artis singapura

“Ramai artis dari Singapura bermastautin di Malaysia. Saya cuma mahu minta semua kawan-kawan di sini, tolong jangan marah-marah dan simpan rasa dendam terhadap artis Singapura.

“Mungkin ada peminat Kamal Adli mahu membalas dendam. Fikirkanlah hukuman yang bakal kamu dapat jika ditangkap. Lagi susah nanti.

“Saya tidak mahu ada perselisihan faham antara kedua-dua buah negara. Kita semua doakan yang terbaik untuk Kamal dan Uqasha. Insya-Allah,” katanya.

 

Terdahulu, Kamal telah dikejarkan ke hospital Singapura selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang dengan chota besi serta senjata tajam oleh individu tidak dikenali.

insiden kamal adli dipukul, uqasha mohon rakyat malaysia-singapura tidak bergaduh

Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun juga dilaporkan telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Instagram Aaron Aziz