Aaron Beri Amaran Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul Yusof

Pelakon, Datuk Aaron Aziz memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad agar tidak masuk campur dalam urusannya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

aaron beri amaran sharnaaz jangan masuk campur isu dengan syamsul yusof

Kemelut antara Aaron dan Syamsul timbul selepas nama Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster, yang turut dibintangi oleh Sharnaaz, Sofi Jikan, Beto Kusyairy dan Hairul Azreen.

 

Peringatan diberikan pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 47, selepas Sharnaaz dikatakan memuatnaik ciapan Twitter yang memberi sokongan penuh kepada Syamsul baru-baru ini.

aaron beri amaran sharnaaz jangan masuk campur isu dengan syamsul yusof

Hantaran Twitter Sharnaaz itu menyebut beliau adalah seorang profesional dan tidak akan menarik diri meninggalkan projek berkenaan yang sudah berlangsung separuh jalan. Perkara itu diajukan kepada Aaron yang kemudian menyebut;

 

“Cakap dengan dia (Sharnaaz), jangan masuk campur,” demikian menurut Aaron Aziz kepada Kosmo! Online.

 

Selain kepada Sharnaaz, Aaron turut mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dengan isu tersebut.

 

“Kepada pelakon dan individu yang tak terlibat dengan produksi, jangan beri sebarang kenyataan atau masuk campur.

“Kalau nak masuk campur, jumpa saya dulu,” kata Aaron yang mengakui marah selepas anaknya menangis apabila bapa mereka ini dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

 

Aaron juga kekal dengan pendirian untuk tidak memanjangkan isu selepas dinasihati oleh isterinya, Datin Diyana Halik.

 

“Saya jadi marah apabila anak menangis selepas Syamsul mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebab itulah, saya pula muat naik video tersebut.

“Benda sudah habis, isteri saya pun sudah pesan jangan beri sebarang kenyataan.

“Saya hormati permintaan isteri saya. Mungkin dia faham perangai saya macam mana,” jelasnya.

 

@kosmoonline

Datuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.

♬ original sound - Kosmo!

 

Terdahulu, Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memberitahu Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster atas alasan masalah kesihatan. Aaron tidak berdiam diri dan membidas semua tuduhan serta dakwaan Syamsul terhadapnya, termasuklah mengambil suntikan steroid demi mendapatkanbentuk tubuh yang sesuai.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Sumber: Kosmo!