Zizan Razak Akan Mengacara Malam Kemuncak AME 2020 Bersama Nabil Dan Jihan

zizan razak akan mengacara malam kemuncak ame 2020 bersama nabil dan jihan

Akhirnya, teka-teki siapakah yang bakal menjadi pengganti Alif Satar sebagai pengacara di malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA 2020 telah pun terjawab.

Zizan Razak telah dipilih untuk menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada malam kemuncak yang akan berlangsung pada 20 Disember ini. Pengumuman khas ini telah dibuat melalui segmen Johara Pagi ERA  pagi tadi.

Alif Satar terpaksa mengundurkan untuk untuk kembali pulih sepenuhnya selepas beliau didapati positif COVID-19 baru-baru ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA pada jam 9 malam. Dengan tagline Yang Epik, Yang Legend, AME 2020 boleh disaksikan melalui Astro RIA, RIA HD, Astro UHD 780 & strim di Astro Go!