Pelakon Zarina Anjoulie dikhabarkan kembali rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar, setelah memutuskan untuk bercerai pada Januari lalu.
Menerusi satu entri di Instagram, Zarina memuat naik sebuah videonya bersama Eilyas yang seakan-akan sedang menuju ke Kompleks Kehakiman Syariah di sekitar Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Zarina turut menitipkan kapsyen:
"Alhamdulillah, selesai buat hari ini. Terima kasih banyak-banyak buat netizen yang sentiasa DM Anju dan Yas, memberi sokongan moral dan sentiasa mendoakan kami berdua. Allah sahaja yang boleh membalas jasa anda semua. Saya sayang anda."
Entri tersebut turut disambut gembira oleh warga netizen yang rata-ratanya turut mendoakan kebahagiaan dan agar terus kekal bersama buat pasangan tersebut.
Sumber: Instagram