YDP Agong Belanja Makan Kepada Para Pengamal Media

ydp agong belanja makan kepada para pengamal media

Ekoran perkembangan terkini isu politik negara yang sangat hangat dibicarakan dari semalam sehingga ke hari ini, ramai wartawan dan petugas media yang ‘berkampung’ di pintu Istana Negara untuk membuat liputan.

Semalam tular di laman sosial media apabila pihak istana menyedarkan berpuluh-puluh kotak makanan segera KFC kepada para pengamal media untuk menjamu selera.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunjukkan keprihatinan terhadap petugas media apabila mencemar duli turun ke pintu 2 Istana Negara untuk menyerahkan makanan segera McDonalds pada jam 1.10 tengah hari.

“Saya berharap kita akan menemui penyelesaian terbaik untuk negara,” kata baginda.


Ini ada beberapa tweets yang mencuit hati para netizen sepanjang perkembangan isu politik yang melanda Malaysia.

ydp agong belanja makan kepada para pengamal media

Sumber: Twitter

Kredit gambar: Malay Mail