Walaupun Vaksin Telah Ditemukan Tapi Jangan Sesekali Leka Dengan SOP Ditetapkan

walaupun vaksin telah ditemukan tapi jangan sesekali leka dengan sop ditetapkan

Setiap hari jumlah kes positif harian mencecah empat angka. Biarpun jumlah harian semalam berkurang, namun masih lagi melebihi paras seribu.

Setakat 3 Januari 2021, KKM melaporkan pertambahan kes positif sebanyak 1,704 kes. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 119,077 kes di negara kita.

Kes sembuh meningkat iaitu sebanyak 2,726 kes. Oleh itu, jumlah kes sembuh yang dicatatkan ialah 97,218 kes.

KKM juga telah melaporkan sebanyak 11 kematian baharu. Secara keseluruhannya, kes kematian telah menghampiri 500 kes iaitu 494 kes.

Jadi, mungkin anda mendengar vaksin sedang dalam perjalanan. Namun, jangan sesekali abaikan SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Instagram KKM