Wajib Guna My Sejahtera Untuk Rekod Maklumat Diri Di Kedai

Semua orang mesti seronok hari ni kan sebab dah boleh makan kat kedai. 

Tapiii, terhad untuk 2 orang satu meja je okay. 

wajib guna my sejahtera untuk rekod maklumat diri di kedai

Semua sektor perniagaan lain macam kedai baju, kosmetik, kasut pun dah buka macam biasa dengan SOP ketat. 

Walaupun dah buka macam biasa, setiap SOP yang ditetapkan wajib kita patuhi contohnya rekod maklumat diri setiap kali nak masuk mana-mana kedai atau premis. 

Haa, kat sini ada maklumat penting yang semua orang kena tahu. 

Sebelum ni kan kita ada pilihan nak tulis maklumat dalam buku atau 'scan' MySejahtera. 

wajib guna my sejahtera untuk rekod maklumat diri di kedai 

Tapii, sekarang ni orang ramai yang berada di kawasan yang tiada masalah internet, WAJIB daftar maklumat diri guna My Sejahtera bukannya buku. 

Langkah ni perlu dibuat sebab sebelum ni, ada orang yang tulis nama dan nombor telefon yang salah. 

wajib guna my sejahtera untuk rekod maklumat diri di kedai

Ada juga yang tulis sambil lewa dengan macam-macam jenis tulisan, pening nak baca! 

Tapi pernah tak korang bayangkan kalau ada kes positif Covid-19 kat mana-mana kedai, bukan ke menyusahkan Kementerian Kesihatan untuk kesan kontak kalau maklumat yang ditulis adalah salah. 

Jadi, sebagai langkah keselamatan, semua orang wajib isi maklumat diri menerusi aplikasi MySejahtera berkuatkuasa serta-merta. 

Tapi arahan ni dikecualikan buat mereka yang berada di kawasan pedalaman dengan capaian internet yang rendah. 

Pokok pangkalnya semua berbalik kepada diri kita untuk bertanggungjawab memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat. 

Ingat, kita masih belum menang, jadi terus patuhi SOP, okay! 

Oleh: Izzati Amir