Vaksin Covid-19 Belum Ada, Jangan Mudah Tertipu!

Seluruh dunia kini masih bergelut dengan pandemik Covid-19 yang belum reda.

vaksin covid-19 belum ada, jangan mudah tertipu!

Tapi, dalam kesibukan berperang dengan wabak ni, masih ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba ambil kesempatan!

Sanggup nak kaut keuntungan atas kesusahan orang lain.

Contohnya sekarang ni ada ubat yang dijual secara online kononnya mampu sembuhkan Covid-19.

vaksin covid-19 belum ada, jangan mudah tertipu!

Kebanyakannya dari negara China dan dijual dengan harga serendah RM12!

Aduhaiii, kesiannya kalau ada yang terpedaya sebab setakat ini, tiada lagi mana-mana ubat yang disahkan berkesan dan mampu merawat individu daripada jangkitan Covid-19, ingat tu!

Yang lagi buruk, kandungan ubat yang dijual tu pun kita tak tahu selamat atau tidak untuk digunakan, takut-takut penyakit lain pulak yang datang. Bahayanya!

Tolong pantau orang sekeliling, ingatkan mereka jangan mudah tertipu dan sentiasa ambil tahu tentang situasi Covid-19 berdasarkan sumber yang sahih.  

vaksin covid-19 belum ada, jangan mudah tertipu!

Bak kata ketua Pengarah Kesihatan, selagi vaksin sebenar belum ditemui, langkah terbaik adalah patuhi SOP dan duduk di rumah jika tiada urusan penting.

#kitajagakita okay?

Oleh: Izzati Amir