[VIDEO] Ramai Sebak Bila Tengok Reaksi Lara Menangis Dek Kerana Ikan Peliharaannya Mati

[video] ramai sebak bila tengok reaksi lara menangis dek kerana ikan peliharaannya mati

Kehilangan tu memang menyakitkan, kan? Begitulah yang dirasai oleh Lara Alana apabila ikan peliharannya telah mati.

“Daddy, Im not ready”- Kata Lara dalam keadaan menangis. Video tersebut juga memaparkan Awal Ashaari menanam ikan tersebut dan Scha Alyahya cuba menenangkan Lara.

Ikan yang diberi nama Sushi itu telah dijaga oleh Lara selama lapan bulan. Dalam ruang kapsyen, Lara juga berkongsi akan ikan tersebut telah menggembirakan hidup mereka terutama sekali ketika waktu PKP.

Sehingga hari ini video tersebut sudah mendapat tontonan melebihi 400 ribu. Weh, memang sebak lah tengok video ni.

 

 

Sumber: Instagram Lara Alanaa