Lepas 13 Tahun, Peminat Teruja VE Kembali Dengan Tunggu

Selepas membuat keputusan membawa haluan masing-masing, kumpulan Voice of Euphonious (VE) kini kembali mewarnai dunia seni tanah air.

 

Pernah popular dengan lagu Pop Yeh Yeh, Ayu, Party Like This dan banyak lagi, kumpulan vokal harmoni yang ditubuhkan sejak 1997 itu pernah menjadi satu fenomena dalam muzik negara

 

Kini selepas 13 tahun menyepi, VE kembali ke pentas seni diterajui Zafri Nazaruddin atau Zaf dan Charma Adizalilullah atau Cham bersama dua anggota baharu, Adeep Nahar dan Luqman Hakim.

lepas 13 tahun, peminat teruja ve kembali dengan tunggu

Meskipun tanpa tiga anggota asalnya iaitu Damien, Shah dan Lah, Zaf berkata mereka berharap peminat setia VE dapat menerima barisan baharu mereka, termasuklah buah tangan terbaru menerusi single berjudul ‘Tunggu’.

lepas 13 tahun, peminat teruja ve kembali dengan tunggu

Lagu Tunggu mengisahkan tentang hubungan antara anak dan ibu, mengingatkan peminat supaya menghargai setiap detik bersama orang tersayang.

 

Lagu yang dihasilkan oleh Zaf, Mulah, Dj Uno dan Aj PopShuvit sementara liriknya dihasilkan Mulah, Zaf dan Cham ini boleh didapati di semua pelantar penstriman digital, termasuklah di Youtube Universal Music Malaysia.

 

Untuk rekod, kali terakhir VE tampil dengan lagu baharu adalah pada 2006 menerusi lagu berjudul Ikhlas Tapi Jauh.

 

Sumber: [1]