Utara Semenanjung Dijangka Dilanda Jerebu

Utara Semenanjung Malaysia dijangka akan dilanda jerebu berikutan situasi kebakaran di hutan di Kemboja.

utara semenanjung dijangka dilanda jerebu

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berdasarkan Output Model Hysplit bahawa keadaan berjerabu itu akan kekal hingga Sabtu ini.

Permodelan terkini itu menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 12 malam 26 Januari hingga 12 malam 29 Januari.

Output Model Hysplit yang dijana hanya mengambil kira ‘hotspot’ yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan terdapat enam titik panas bagi kategori High Confidence Level di Semenanjung Malaysia berdasarkan imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).

 

Sumber: [1]