Upin Ipin Tetap Membanggakan Malaysia Biarpun Tidak Tersenarai 5 Filem Animasi Terbaik

upin ipin tetap membanggakan malaysia biarpun tidak tersenarai 5 filem animasi terbaik

Semalam telah berlangsungnya pengumuman senarai pendek 5 terbaik untuk anugerah berprestij, Anugerah Oscar.

Buat pertama kalinya, salah satu hasil penuh karya tempatan tercalon dalam 32 filem terbaik bagi kategori filem animasi.

Biarpun tidak berjaya melangkah ke lima filem terbaik namun filem animasi kanak-kanak terbitan Les Copaque, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal tetap membanggakan rakyat Malaysia.

Kejayaan menjadi antara 32 filem animasi terbaik itu menjadi pemangkin kepada semua pemain industry perfileman bahawa orang luar sudah mula nampak kebolehan dan bakat anak tempatan.

Malah, mereka juga mula mengakui kehebatan hasil anak tempatan turut setaraf dengan mereka.

Tahun 2019 boleh dikatakan antara tahun cemerlang buat industry filem animasi di mana kebanyakkan filem animasi berjaya mencatat pelbagai sejarah.

Semoga tahun 2020 bakal membuka lembaran baru dan memberi semangat kepada mereka untuk terus menghasilkan karya yang hebat