Hari Ketiga Sebagai Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir Terus Rancak Menyelamatkan Negara

 

hari ketiga sebagai perdana menteri interim, tun mahathir terus rancak menyelamatkan negara

Biarpun kemelut politik negara masih dalam tanda tanya, Perdana Menteri Interim akan terus menjalankan tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negara.

Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) bagi mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Inisiatif ini merupaan agenda untuk memulihkan kembali dan mengurangkan impak akibat wabak novel koronavirus (COVID-19).

Sewajarnya Pakej Rangsangan tersebut dibentangkan semalam. Namun, semuanya tergendala akibat kekecohan politik negara.

Bagaimanapun, perkara ini perlu diteruskan demi menyelamt industri pelancongan yang paling terjejas akibat penularan virus tersebut sekali gus memberi kesan besar terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tun Dr Mahathir mendapat perkenan YDPA dan dilantik menjadi Perdana Menteri Interim selepas beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri baru-baru ini.