Tiada Pilih Kasih Dalam Pematuhan SOP PKP!

Sejak kebelakangan ni macam-macam cerita kita dengar pasal pelanggaran SOP PKP. 

Daripada rakyat biasa, instafamous, selebriti dan tak terkecuali golongan VIP.

tiada pilih kasih dalam pematuhan sop pkp!

Kalau fikir secara logik, bila sesuatu undang-undang tu dah dikuatkuasakan, semua pihak wajib patuhinya tanpa mengira status yang dimiliki.

Sama la jugak dengan SOP PKP ni, tujuannya hanya satu iaitu mencegah penularan Covid-19.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan dah ingatkan, kalau ada sebarang pelanggaran SOP, laporkan kepada pihak polis agar tindakan boleh diambil.

tiada pilih kasih dalam pematuhan sop pkp!

Kalau kita sabar dan patuh dengan SOP, inshaAllah tak lama lagi, kita  boleh rentas negeri, melancong dengan yang tersayang bila Covid-19 dah reda.

Jom sama-sama jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, #kitajagakita #lindungdirilindungsemua


Oleh: Izzati Amir