Tiada Kematian Untuk Hari Semalam, Kes Masih Melebihi 1,000 Kes

tiada kematian untuk hari semalam, kes masih melebihi 1,000 kes

Untuk 4 Disember 2020, KKM telah melaporkan pertambahan kes COVID-19 sebanyak 1,141 kes positif. Daripada jumlah itu, 1,138 daripadanya adalah kes tempatan dan tiga kes import. Secara keseluruhannya sudah terdapat 70,236 kes di Malaysia.

Bagaimanapun, kes sembuh turut meningkat apabila 1,144 kes berjaya diselesaikan. Secara keseluruhannya, sudah 59,061 kes telah berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada seluruh petugas KKM.

Selain itu, tiada kes kematian dicatatkan pada hari semalam. Jadi, angka keseluruhan terus kekal pada 376 kes.

Sumber: Instagram KKM