Sekarang ni tengah trending di twitter konsep the face and the writing. Kiranya, seseorang tu menunjukkan kebolehan atau kelebihan yang dimiliki oleh mereka lah.
Dalam banyak-banyak konsep yang ditunjukkan, satu tweet ini telah menarik perhatian kami.
Bukan mudah sebenarnya nak tulis dalam tulisan arab. Kalau tak kena dengan gaya, pasti tulisan akan menjadi tidak kemas.
Namun, Muhammad Ahsanul Fikri bin Mohd Nizam telah membuktikan bahawa beliau mampu menulis tulisan arab dengan kemas dan sempurna. Beliau yang berusia 21 tahun itu merupakan seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan.
Menurut beliau, tulisan yang ditunjukkan melalui akaun twitternya, @acanul itu merupakan salah satu tugas pengajiannya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pujian ramai dan lebih 7 ribu RT serta 25 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Memang cantik dan kemas kan! Jealous pula tengok orang lain ada kebolehan macam ni.
Sumber: Twitter @acanul