Tersekat Cincin Di Jari, Pasukan Penyelamat Terpaksa Menggunakan ‘Grinder’

Akibat tersekat cincin pada jari, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan ‘grinder’ kecil untuk memotong aksesori tersebut terhadap mangsa terbabit.

tersekat cincin di jari, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan ‘grinder’

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun, terpaksa menahan sakit gara-gara sebentuk cincin yang tersekat di jari kelingking hingga mengakibatkan jarinya itu bengkak.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak mereka menerima panggilan mengenai kes tersebut daripada Hopsital Queen Elizabeth (HQE) pada 28 April, kira-kira jam 9:15 pagi.

“Setibanya pasukan di lokasi, pasukan bertindak dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘grinder’ kecil untuk memotong cincin tersebut pada bahagian jari kelingking sebelah tangan lelaki itu,” terangnya.

Operasi tersebut memakan masa kira-kira sejam lebih dan tamat pada jam 11:07 pagi.

 

Sumber: [1]