Terkesan Dengan Pandemik, Pemuda Terpaksa Lepaskan Kasut 'Vintage' Kesayangan Berusia 104 Tahun

Demi meneruskan kelangsungan hidup, seorang lelaki bernama Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, terpaksa melepaskan kasut jenama Converse model pertama di dunia yang dikumpulnya.

terkesan dengan pandemik, pemuda terpaksa lepaskan kasut 'vintage' kesayangan berusia 104 tahun

Kongsinya, biarpun dia amat menyayangi koleksi yang berusia 104 tahun itu, bagaimanapun dia akur untuk menjualnya atas desakan ekonomi. Kasut tersebut dibelinya sekitar tiga tahun lepas dengan harga puluhan ribu ringgit daripada penjual asal.

Menerusi satu entri yang dimuat naik Wan Irfayuim Azim di akaun Facebook miliknya, dia menjelaskan hasratnya untuk melepaskan kasut Converse jenis model Non-Skid pada harga RM40,800.

Dengan tidak semena-mena, entri tersebut tular sehingga memperolah lebih kurang 8,500 tanda suka dan dikongsi lebih dari 6,400 kali.

Coret Wan Irfayuim Azim pada entri terbabit, “Nak lepaskan, salah satu sebab utama adalah ekonomi.

“Semasa saya tinggal di jepun, ekonomi ‘gagah’ sikit. Tapi bila balik sini, saya balik ke Malaysia, empat hari sebelum lockdown, balik dengan sehelai sepinggan begitu.

“Ingatkan tak ada apa-apa, terus lockdown. Barang-barang semua di sana, tak boleh ambil.

“Rumah, kereta, terpaksa lepaskan semua. Jadi bermulalah kehidupan saya di Malaysia kembali.

Kasut Converse jenis model ‘Non-Skid’ itu diletakkan pada harga RM40,800 dan sudah menjadi rezeki, seorang lelaki dari Pahang telah menyatakan persetujuan untuk membeli kasut terbabit dengan harga yang ditawarkan.

“Dekat Jepun saya buat pelancongan, saya stay dekat sana lebih kurang tiga tahun setengah,” tambahnya.”

terkesan dengan pandemik, pemuda terpaksa lepaskan kasut 'vintage' kesayangan berusia 104 tahun

Susulan itu, kasut tersebut berjaya dijual kepada seorang pembeli dari Pahang yang bersetuju untuk membayar dengan harga yang ditawarkan.

Dalam pada itu, kongsi Wan Irfayuim Azim lagi, kasut yang dikeluarkan pada 1917 itu didatangkan bersama sepasang seluar pendek yang dibuat pada 1916 serta pelindung lutut pemain bola keranjang.

Berdasarkan cerita daripada penjual asal kasut itu yang merupakan sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat, seluar dan pelindung lutut itu ditemui bersama kasut tersebut dan disimpan mereka sejak 1989 hinggalah mereka berkeputusan untuk menjual kasut itu berikutan masalah kesihatan yang dialami.

Tambah Wan Irfayuim Azim lagi yang menetap di Kampung Chempaka, Kota Bharu, dia juga akan menghadiahkan tiga lagi kasut Converse dari 1950, 1960 dan 1970 khusus kepada pembeli itu.

 

Sumber: [1]